Tips Susu Ibu Mencurah-Curah

Sebagai seorang ibu, tidak kira yang direct feeding atau ada yang biasanya simpan stok untuk bayi, biasanya dilakukan oleh ibu yang berkerjaya, sentiasa menitik beratkan kuantiti susu agar ia mencukupi untuk si bayi.. Jadi, saya nak kongsikan bersama anda, beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kembali kuantiti susu badan anda..mencurah-curah gitu..hehee..Lagipun, susu ibu adalah pilihan ibu yang bijak, untuk anak yang genius.. hehehee

1. Kerapkan menyusu atau mengepam

  • Penyusuan bayi pada waktu siang, sekurang2nya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi jika bayi tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi ingin menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ini kerana, pada waktu ini, hormon prolaktin banyak dihasilkan
2. Jangan tunggu payudara penuh
  • Sesetengah ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayi perlu disusukan.. Itu Silap.
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Maksudnya, sekiranya anda kerap menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara ‘kosong’), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan
3. Minum banyak air
  • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan atau pemerahan susu. Adalah digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 3.1 liter air, kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi fikir susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi.. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan, bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini dapat membantu merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu
  • Masa nak mengepam, boleh letakkan gambar bayi sambil berselawat & berzikir Ya Mattin
5. Berdisiplin
  • Memerah susu perlukan disiplin. Jangan ‘ponteng’ sesi pemerahan. Guna hari minggu bagi memerah untuk membuat stok. Boleh guna tip #6 dan #7.
6. Tendum Pumping
  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik
7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi, selepas pump, jangan terus cuci corong. Buah perahan menggunakan tangan. Ia sangat membantu. Biasanya, kalau menggunakan pump, boleh dapat 3.5 oz sebelah payudara, buat marmet boleh menambah menjadi 4-4.5oz.. Walaupun nampak sedikit, tapi ada beza tu.
8. Menyusu/ Mengepam lebih lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang sebelah lagi. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi. Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, dimana perutnya sahaja yang penuh, tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya
  • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/ memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau… tak percaya, cuba buat.. konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan malam
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan 
  • Teknik urutan payudara yang betul, dapat membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi, sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Untuk teknik urutan, anda boleh pelajari menerusi http://www.breastfeeding.com
11. Pengambilan supplemen
  • dibolehkan… antaranya adalah ESP

Ini adalah supplemen yang saya ambil sekarang, untuk menyusu bayi saya, Irdina..


“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

shakleelogo

FATIMAH BT TONY
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
♥ Contact No | Sms | Whatsapp : 019 – 854 0908
♥ Email fatimah.vitashop@gmail.com

Sebagai Customer, Anda Layak Untuk Mendapatkan Keistimewaan Berikut, Exclusive Untuk Customer Kedai Vitamin Fatimah Sahaja:

❥ Exclusive Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian, bagi memastikan pengambilan vitamin adalah serasi & berkesan untuk customer
❥ Exclusive jemputan masuk ke “VIP Premium Client Support – Shaklee Exclusive Member” FB, berbincang serta berkongsi masalah semasa pengambilan vitamin, di samping perkongsian testimoni dari rakan-rakan pengguna Shaklee.
❥ Exclusive Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat, bagi memastikan customer mengambil vitamin dengan cara yang betul, sesuai dengan tujuan pengambilan agar ia lebih berkesan dengan cepat.

Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.

” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Jutawan A2M Group di Facebook “

daftar ahli

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s